1. Warisan Wilayah Utara: Semenanjung Malaysia

Warisan Wilayah Utara: Semenanjung Malaysia

RM 50.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • keunggulan rantau utara
  • transformasi politik dan sosioekonomi
Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia  menonjolkan keistimewaan dan keunggulan rantau utara Semenanjung Malaysia yang memperlihatkan rupa diri yang tersendiri baik dari aspek sejarah, ekonomi mahupun sosiobudaya dan masyarakat. Proses pembentukan rupa diri bangsa budaya dan bangsa politik masyarakat dan kerajaan merupakan penentu jati diri rantau ini sejak zaman awal. Sejak kurun ke-5 Masihi, Kedah Tua telah melalui proses transformasi politik dan sosioekonomi selari dengan perkembangan dan kepentingan serantau namun dalam masa yang sama, masih menonjolkan semangat untuk mengembangkan dan mempertahankan rupa diri dari pelbagai aspek, yakni melalui hubungan manusia dan alam, kenegaraan, politik, adat, perundangan, cara hidup danekonomi. Bahasa Tanjong dan boria merupakan contoh ciri unggul warisan sosiobudaya Pulau Pinang selain masyarakat berbilang kaum dan berbagai budayanya.George Town khususnya dan Pulau Pinang secaraamnya memperoleh sifat dan imej unik tersendiri yang menjadikannya berbeza daripada daerah kejiranannya yang lain di rantau utara Semenanjung Malaysia. Transformasi pondok sebagai institusi pendidikan agama islam diteliti daripadaelemen tradisi sehinggalah aspek modenisasi. Pembangunan dan transformasi ekonomi dalam sektor industri barangan elektrik dan elektronik pula telah mengintegrasikan Pulau Pinang dengan rangkaian pengeluaran global lalu meletakkan Pulau Pinang dalam peta aktiviti pembuatan dunia. Kegiatan penanaman dan pengeluaran padi dalam ekonomi Kedah yang telah bermula sejak zaman pra-Islam masih menonjolsehingga kini sebagai rupa diri Kedah dan juga di keseluruhan rantau Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Wilayah Utara Semenanjung Malaysia amat sesuai sebagai bahan ilmiah bukan sahaja untuk kalangan cendekiawan tetapi juga para pelajar di institusi pengajian tinggi dan khalayak umum yang meminati isu sejarah, warisan sosiobudaya, ekonomi dan masyarakat Malaysia.
View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share