1. Teori Pemodulatan Selanjar

Teori Pemodulatan Selanjar

RM 31.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • sistem perhubungan
  • jenis isyarat pemodulat
Proses pemodulatan adalah salah satu proses penting dalam semua sistem perhubungan. Terdapat pelbagai kaedah pemodulatan yang lazim dilaksanakan dalam sesebuah sistem perhubungan dengan setiap kaedah pemodulatan ini amat bersandar kepada jenis isyarat pemodulat dan isyarat pembawa yang digunakan untuk menghasilkan isyarat termodulat. Jika kedua-dua isyarat pemodulat dan isyarat pembawa adalah daripada jenis isyarat selanjar, maka isyarat termodulat yang terhasil juga adalah isyarat selanjar. Kaedah pemodulatan yang sedemikian dikenali sebagai proses pemodulatan selanjar.

Penjelasan tentang kaedah pemodulatan dalam buku ini dipersembahkan secara berperingkat bagi memudahkan kefahaman para pembaca. Huraian analisis matematik pemodulatan ini juga dinyatakan dengan mudah untuk membantu kefahaman dan minat pembaca. Beberapa contoh mudah turut diberi dan ditunjukkan penyelesaiannya untuk membantu pembaca. Lebih menarik lagi, para pembaca berpeluang menguji kefahaman diri sendiri terhadap topik berkaitan pada akhir setiap bab melalui latihan yang disertakan.

Buku ini ditujukan khusus kepada para pelajar di universiti dan jurutera pelatih. Kefahaman yang mantap tentang teori perhubungan adalah amat penting sebelum melangkah ke medan kerja sebenar. Selain itu, buku ini amat bermanfaat kepada para pembaca yang meminati bidang pengajian dan kemahiran elektronik.  View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share