Key Product Features
- Sejarah Melayu.
- detik-detik akhir kerajaan Melayu Melaka
Buku ini menghimpunkan beberapa dapatan baru sekumpulan sarjana Universiti Sains Malaysia tentang sejarah, pensejarahan, pemikiran, dan budaya serta bahasa berasaskan Sulalat-us-Salatin, sebuah warisan agung kesusasteraan tawarikh Melayu yang sejak awal kurun ke-19 lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu. Antara lain, dengan butiran baru, buku ini menyingkap rahsia di sebalik nama Sulalat-us-Salatin dan Sejarah Melayu serta menyorot kembali detik-detik akhir kerajaan Melayu Melaka, kisah-kisah di sebalik keagungan dan kejatuhannya, serta kegigihan Sultan Mahmud Syah dan rakyat jelata Melayu berjuang menghadapi Portugis dan berusaha untuk mengalahkan Portugis di Melaka.
Buku ini perlu ditelaah para penyelidik, guru, pelajar institusi pengajian tinggi, pentadbir, ahli politik, peminat budaya dan bahasa Melayu, dan sesiapa sahaja yang berhasrat mendalami sejarah dan warisan bangsa Malaysia. View Product Details