1. Resah Manusia Desa dan Kota : Sebuah festschrift untuk Shahnon Ahmad

Resah Manusia Desa dan Kota : Sebuah festschrift untuk Shahnon Ahmad

RM 48.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • koleksi esei
  • Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad
Sebuah  festschrift  juga diterjemahkan sebagai celebratory writing.  Lazimnya istilah ini didefinisikan sebagai kompilasi yang bersifat memori  dipersembahkan dalam bentuk  koleksi esei, biografi, bibliografi, bahan saintifik atau sumbangan-sumbangan lain.  Festschrift  juga ialah koleksi penulisan kenangan yang ditulis oleh sahabat baik, bekas pelajar dan rakan sekerja untuk mengenang dan meraikan seseorang, institusi dan masyarakat. Buat pertama kalinya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM mengambil inisiatif untuk mengabadikan sebuah  festschrift  untuk Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, yang telah bersara dari USM. Inilah hadiah yang paling manis diabadikan kepada beliau – seorang tokoh tersohor bukan saja di rantau Nusantara tetapi juga di sebahagian besar Asia dan Eropah. Buku ini ialah himpunan tulisan berbentuk esei ilmiah yang dihasilkan oleh kenalan Shahnon, bekas anak murid Shahnon, rakan sekerja Shahnon daripada kalangan para sarjana dan ahli akademik. Tulisan sejumlah 12 bab mencakupi pelbagai perspektif yang memfokuskan kepada memori indah sepanjang mengenali Shahnon Ahmad sama ada Shahnon sebagai seorang rakan, sahabat, ketua jabatan, penyelia mahupun sebagai tenaga pengajar. Hasil tulisan mereka       telah membongkar rahsia kehidupan Shahnon yang diperincikan dalam karya-karyanya sejak tahun 1960-an hinggalah di alaf baru ini. Inilah penghargaan teristimewa untuk seorang tokoh yang pernah berbakti kepada USM dan masyarakat seluruhnya. View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share