1. Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik

Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik

RM 99.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • teori ginokritik
  • biologi dan pengalaman wanita
Kajian feminisme di Malaysia sudah melalui  tahap permulaannya. Buku ini, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia:  Satu Bacaan Ginokritik membawa pembaca ke tahap seterusnya dengan perbincangan  daripada sudut yang lebih mutakhir dan menggunakan teori ginokritik yang  digagaskan oleh Showalter. Perbincangan yang tersusun rapi dan diperkuat dengan  hujah-hujah serta contoh yang jelas ini memberikan gambaran dan amalan puitika  wanita yang lebih menonjolkan biologi dan pengalaman wanita. Puitika wanita  yang unik dan berlainan ini mendekonstruksikan puitika aliran perdana (lelaki),  dan oleh yang demikian bersifat subversif kerana yang dijadikan medan perbincangan  di sini ialah perasaan, suara, keinginan, perlambangan, imej, wacana dan gaya  wanita, yang seterusnya dihubungkan dengan sifat biologi pengarang wanita.  Pengarang menggalurkan unsur-unsur ini dalam karya-karya pengarang penting  Indonesia dan Malaysia, termasuk Titis Basino, Oka Rusmini, Ayu Utami dan Toety  Heraty dari Indonesia, dan Azmah Nordin, Rosmini Shaari, Fatimah Busu dan  Zaharah Nawawi dari Malaysia. Aspek-aspek serta unsur-unsur yang secara  langsung atau tidak langsung telah mempengaruhi proses pembentukan puitika ini  di kedua-dua buah negara turut dibincangkan. Buku ini sememangnya adalah pemaparan  usaha penting pengarang yang membuka lembar baru dalam penerokaan akal budi  pengarang wanita Malaysia dan dengan itu berlaku adil kepada wacana dan sudut  wujud mereka. lnilah bahan bacaan dan rujukan penting yang perlu dimiliki oleh  para pengkaji dan pelajar kesusasteraan. View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share