1. Pantun Dari Tujuh Tanjung

Pantun Dari Tujuh Tanjung

RM 44.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Muhammad Haji Salleh ialah seorang penyair yang pelbagai dan lama pengalamannya.

Beliau telah menerbitkan lebih 10 buah kumpulan puisi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kumpulan terkininya dalam bahasa Melayu ialah  Kuntum Biru Kembang Lestari  (Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013) dan dalam bahasa Inggeris  Purple Desire of the Islands  (Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2016). Sebagai pengkaji pantun, kegiatan beliau bermula lebih 30 tahun yang lalu; antara karyanya ialah  Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya  (Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2016) dan  Pantun, the Poetry of Passion  (Penerbit Universiti Malaya, 2017). Beliau juga ialah editor umum siri Pantun Nusantara terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia yang kini telah menghasilkan tujuh buah buku.

Buku  Pantun dari Tujuh Tanjung  ini ialah kumpulan pertama bait-bait karangannya dalam bentuk ini.

Yang membuat bait-bait ini unik ialah hakikat bahawa pantun-pantun ini ditulis di Jepun, Brunei, Indonesia, Britain, Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Sudut pengalaman yang berlainan juga menganugerahkan citra dan makna yang baharu. Dalam cara begini pantun dijadikan wadah pengalaman antarabangsanya.

Muhammad Haji Salleh ialah Sasterawan Negara Malaysia dan Tokoh Akademik Negara. View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share