1. Meremajakan Ghazal Parti Warisan Persembahan Muzik Melayu (Hard Cover)

Meremajakan Ghazal Parti Warisan Persembahan Muzik Melayu (Hard Cover)

RM 70.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Ghazal Parti

Ghazal, satu bentuk puisi yang berasal dari Parsi-Arab, telah berkembang menjadi satu bentuk seni persembahan muzik tradisional Melayu di Malaysia. Mengapakah negeri-negeri di utara Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak menjadi tapak perkembangan satu seni persembahan muzik  ghazal yang dikenali sebagai ghazal parti?

Berbeza dengan ghazal Melayu di Johor, persembahan muzik ghazal parti didatangkan terus dari Semenanjung Arab sehingga membentuk satu identiti seni budaya tempatan. Elemen-elemen seperti irama dan peralatan muziknya, lagu, penari dan tariannya berasal dari Arab. Di samping itu, elemen-eleman tempatan dan kontemporari juga telah dimasukkan. Improvisasi telah dilakukan kepada ghazal parti dari masa ke masa sehingga menimbulkan satu kontroversi. Kesannya, seni persembahan muzik ini semakin terpencil dan diperkecilkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri.

Buku ini bukan sahaja memperkatakan tentang sejarah ghazal dan ghazal parti serta keunikannya tetapi juga menampilkan satu persembahan eksperimental ghazal parti oleh Kumpulan Ghazal Parti Persatuan Karyawan Pulau Pinang. Persembahan eksperimental kumpulan ini telah dilakukan melalui proses peremajaan dan proses ini telah menyuntik tenaga baharu kepada persembahan ghazal parti demi survivalnya. Apakah pemeremajaan ghazal parti ini dapat menghilangkan kontroversi itu dan persembahan baru ini dapat diterima sebagai satu genre ghazal parti yang asli? Dengan kata lain, buku berwarni-warni ini membincangkan sejarah, cabaran dan masa depan ghazal parti sebagai seni persembahan muzik tradisional Melayu. View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share