1. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947
  2. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947
  3. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947
  4. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947
  5. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947

Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947

RM 44.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • zaman penjajahan British
  • ungkapan Melayu malas

Salah satu stigma yang sehingga kini membayangi orang Melayu ialah ungkapan 'Melayu malas'. Ungkapan ini mula berakar umbi sejak zaman penjajahan British di Tanah Melayu, lalu dikukuhkan melalui penulisan-penulisan selepasnya. Sifat malas orang Melayu ini telah dijadikan sebagai hujah kepada kemunduran dan ketinggalan orang Melayu dalam sektor ekonomi. Justeru, buku ini akan membahaskan ungkapan Melayu malas yang dikaitkan dengan punca kemunduran ekonomi orang Melayu semasa zaman penjajahan melalui perbincangan tentang aspek penghijrahan orang Melayu ke Kerian, Perak. Berdasarkan aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian, didapati bahawa orang Melayu bukanlah malas berikutan kesanggupan mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman bagi mengusahakan penanaman padi di Kerian dan atas faktor peluang-peluang ekonomi yang lebih terbuka di daerah ini. Bahkan, aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian ini telah pun berlaku sejak sebelum penjajahan British. Penjajahan British hanyalah merancakkan lagi aktiviti penghijrahan tersebut melalui peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan seperti pemilikan tanah yang mudah dan murah serta penyediaan Rancangan Pengairan Kerian. Namun, kewujudan sekatan perundangan, khususnya pelaksanaan The Krian Irrigation Enactment, 1905 bukan sahaja telah meningkatkan kos penanaman padi, bahkan menghalang orang Melayu daripada menggantikan tanaman padi mereka dengan tanaman komersial getah yang jauh lebih menguntungkan. Hal inilah yang menyebabkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu terus miskin dan mundur semasa penjajahan British. Benarkah perundangan zaman penjajahan ini menjadi punca utama kepada kemunduran ekonomi orang Melayu? Apakah muslihat penjajah di sebalik sekatan perundangan yang diperkenalkan? Persoalan-persoalan yang timbul akan terjawab dalam kupasan perbincangan buku ini yang diolah secara terperinci dengan bukti-bukti yang nyata.

View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share