1. Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia 1900-1965

Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia 1900-1965

RM 77.00                     

  • Free Shipping

Product Details

Key Product Features

  • evolusi dasar dwikerakyatan
  • isu kerakyatan negara lain
Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia. Kandungan utama buku ini adalah berkaitan evolusi dasar dwikerakyatan. Ia menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan mengubah polisi dwikerakyatan kepada polisi satu kerakyatan menjelang kemerdekaan. Dasar tidak mengiktiraf dwikerakyatan masih kekal sehingga hari ini. Parti Perikatan berpegang kepada dasar satu kerakyatan manakala kerajaan kolonial British mengamalkan polisi dwikerakyatan yang liberal. Bagaimanakah kedua-dua pihak tersebut mencapai kompromi semasa rundingan kemerdekaan?

Tinjauan karya tertumpu kepada Malaysia, tetapi turut membincangkan isu kerakyatan negara lain yang berperanan mempengaruhi arah perkembangan kerakyatan Malaysia. Penulis ingin mengetengahkan satu isu pokok – dalam konteks Malaysia, istilah kewarganegaraan dan kerakyatan mempunyai implikasi politik yang berbeza (sebelum tahun 1965). Kemelut kewarganegaraan yang dihadapi oleh perangka perlembagaan adalah berkait rapat dengan penggunaan istilah-istilah tersebut. Perbincangan buku ini adalah berdasarkan dokumen sejarah yang kukuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan bagi kajian sejarah, politik, pentadbiran awam dan undang-undang di institusi pengajian tinggi. View Product Details

Product Review

0

Product Review

0
  • ... More

    Less

     

Feedback about Seller

0

Feedback about Seller

Q & A

0

Q & A

0

Share